Recent Posts

Sunday, December 16, 2012

Uban Pertama ku..


tak perasan sampai member tolong cabutkan dan bagitau "erol.. ko dah ada uban.. tengok ni".
Hmm.. mungkin sebab suka fikir masalah kot.. tapi maybe cara pemakanan jugak.. eh!! faktor ganetik pun boleh jadi jugak.. kesimpulannya apa ye..

Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban, pertama adalah:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.

Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:
1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.
2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.
3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.
(rujukan: http://panduankesihatan.wordpress.com/2011/09/05/masalah-uban-kenapa-ia-terjadi-cara-untuk-mengatasinya/)

Thursday, April 19, 2012

Gantikan J CARD secara percuma sehingga 30 April 2012

Cepat-cepat!! tukar J CARD ke AEONmember secara percuma di kaunter AEON seluruh Malaysia sehingga 30 April 2012 ni.. tak rugi apa-apa pun sebab aku baru tukar semalam... tak caya tengok gambar kat bawah ni.. 
   
ambik nombor dulu..
kemudian..
tunggu sehingga nombor dipanggil..
siap... eh!! bukan ni.. ini J CARD lama..
 
siap... ni la AEONmember kad yang baru..
cantik tak?? :)
                                                       















JUSCO dan tukar nama jadi AEON

JUSCO dah tukar nama jadi AEON.. maybe untuk membuat penjenamaan semula..  Kalau tak percaya saksikan video kat bawah ni...                                

Radio hotfm dalam blackberry

Dah tak susah nak dengar radio kat mana-mana pun..
korang nak tau macammana caranya.. follow je step kat bawah ni... 










Selesai sudah.... senang kan... :)
klik kat sini web hotfm 

Tuesday, April 3, 2012

Fatin Liyana a.k.a selebriti alam siber

Hari ni Fatin Liyana Asri @ honeykoyuki.blogspot.com keluar kat Utusan Malaysia ruangan MEGA cover depan lagi... Perghh!! syabas Fatin Liyana.. Dah la memenangi kategori BEST CELEBRITY BLOG dalam World Blogger & Social Media Awards 2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.. Apa-apa pun tahniah Fatin Liyana Asri.. Semoga anda sukses sebagai seorang blogger tempatan.. :)





Thursday, March 8, 2012

Geylang Kopitiam di Taman TTDI Jaya, Shah Alam

Pagi tadi kul 8.30 pegi minum kat Geylang Kopitiam ngan member ofis. Aku memang dah lama nak pegi kopitiam ni sebab nak rase kacang pool.. Orang cakap sedap.. tak tau la kan.. Jadi pagi ni aku breakfast kat situ.. Rupanya aku second customer.. macam baru bukak kedai je.. ye la.. masih pagi kan..














gambar depan kedai..














masuk je terus jumpa gambar dan gendang ni..














di sebelah kaunter bayaran terdapat basikal dan almari lama














ni la kacang pool yang sapa datang Singapura mesti kena rase...














biasa je rasenyer.. tapi habis licin la...














sebelum balik ambik gambar jap tapi blur la plak.. mungkin goyang kot...
sekian.. :)

Selamat Pengantin Baru Buat Farah Zakiah dan Rizal

Aku lupa nak post gambar kahwin farah dan Rizal.. apapun aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Bahagia Hingga Ke Anak Cucu... :)

Farah Zakiah dan Rizal

Memang sepadan dan secocok

tetamu-tetamu yang hadir
balik dah... :)