Recent Posts

Sunday, December 16, 2012

Uban Pertama ku..


tak perasan sampai member tolong cabutkan dan bagitau "erol.. ko dah ada uban.. tengok ni".
Hmm.. mungkin sebab suka fikir masalah kot.. tapi maybe cara pemakanan jugak.. eh!! faktor ganetik pun boleh jadi jugak.. kesimpulannya apa ye..

Ada 3 faktor yang boleh menyebabkan terjadinya uban, pertama adalah:

1- Uban boleh terjadi disebabkan keturunan atau genetik, ini bermaksud sudah ada gen dalam diri seseorang individu yang diwarisi daripada ibu atau bapa. Faktor ini tidak boleh diubah dan mereka kena bersedia menerimanya. Ini kerana pigmen melanin yang dibawah kulit akan kurang secara beransur-ansur berserta dengan peningkatan umur, mereka yang berketurunan/or membawa faktor genetik lazimnya akan ada uban pada awal usia remaja.

2- Gaya hidup ataupun life style sesetengah individu dimana faktor ini meransang terjadi uban dengan lebih cepat dari yang sepatutnya. Kurangnya pengambilan gizi makanan yang seimbang juga menyumbang kepada faktor terjadinya uban ini. Vitamin A dan juga serat amat penting untuk memastikan sel-sel kulit terutamanya melanin untuk terus menjalankan fungsinya. Tabiat merokok, minum alkohol dan juga stress antara faktor yang dikenalpasti menyumbang kepada tumbuh uban.

3- Umur adalah faktor yang normal, mereka yang berumur dalam lingkungan 45-50 tahun akan mengalami masalah uban, pada usia sebegini uban tumbuh merupakan perkara biasa. Ini kerana diusia ini sel-sel melanin mula merosot dan dan juga kulit mengalami proses penuan.

Langkah cadangan untuk mengatasi masalah uban:
1- Pengambilan nutrisi pemakanan perlu seimbang. Pilih makanan berprotein tinggi untuk memastikan sistem pembinaan sel berlaku secara efisen. Buah-buahan dan sayuran juga perlu untuk memelihara dan memastian tubuh kita sihat.
2- Bersukan secara berkala ataupun berjadual boleh melambatkan uban. perpeluhan ini menunjukan tubuh dan sel-sel dibawah kulit i.e kelenjer sebum/lemak tidak tersumbat.
3- Dan yang paling penting ialah hidup mesti sentiasa ceria dan jauhi stress. Stress menyebabkan perasaan dan aliran emosi terganggu dan ini menyebabkan hidup tidak teratur dan muka yang masam. Langsung membantutkan sistem normal badan kita.
(rujukan: http://panduankesihatan.wordpress.com/2011/09/05/masalah-uban-kenapa-ia-terjadi-cara-untuk-mengatasinya/)