Recent Posts

Saturday, August 6, 2011

Info Zakat Fitrah Tahun 2011

(Rujukan Kosmo! - Sabtu 6 Ogos 2011)




dapat pun info berkaitan zakat fitrah ni.. minggu ni aku cari kat internet semuanya bagi info kurang tepat.. so, aku postkan info terkini untuk semua orang... nampaknyer Selangor masih mengekalkan kadar lama iaitu RM7 begitu juga negeri Kedah, Perak, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak menaikkan kadar zakat fitrah negeri masing-masing pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Kadar zakat di Sarawak pada kadar RM6.20 berbanding sebelumnya iaitu RM5.20 dengan perbezaan sebanyak RM1. Ia diikuti oleh Sabah yang naik 0.20 sen kepada harga baharu iaitu RM7.
Bagaimanapun, Melaka dan Kelantan masih mengekalkan pada kadar RM6.50 dan RM7 seperti tahun lepas.

Bagi Johor, pada tahun ini mengekalkan dua kadar berasingan berdasarkan jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5 dan RM7.50 seperti tahun lalu. Tetapi bagi Terengganu, negeri itu masih mengekalkan tiga kadar zakat fitrah seperti tahun lepas mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5, RM7 dan RM8. Kadar zakat fitrah di Perlis dan Negeri Sembilan kekal dengan kadar RM6 dan RM6.50.

Monday, August 1, 2011

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

Rujukan dari Utusan Malaysia
24/05/2011 12:28pm

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama

Friday, April 22, 2011

Mesti beli....

Model: AL-180
PRICE:
RM139.00

DESCRIPTION: 
Solar Power
Water Resistant
Stopwatch
Stainless Steel Adjustable Buckle
Daily Alarm
Hourly Time Signal
Battery-less
Auto Calender
12/24-hour Timekeeping

OR




Model: DB-520GA-AJF (Gold)
PRICE:
Gold RM199.00

DESCRIPTION:
Water Resistant
Free-memo mode: 23 characters can be memorized
Tele-memo mode: Maximum of 50 records of 8 letters and 12 numberals can be memorized (Password function)
Schedule-memo mode: Maximum of 50 records of 11-character message and date/time can be memorized.
24 time zones, city code display, daylight saving time adjustment
Daily alarm
Hourly time signal
12/24 hour format
Countdown alarm: input rage :1min. to 24 hr.
1/100 Sec Stopwatch
LED light
Auto-calendar Pre-programmed until the year 2029
Battery life: Approx. 2 years on CR1616

Size of case / total weight
32 x 39 x 8mm / 50g

Rolls-Royce unik untuk dijual RM4.18j


 Minat giler aku dengan Model Rolls-Royce unik ni... Kalau kaya senang-senang je boleh gi kat jenama yang kita nak & custom-made sendiri design yang kita nak. tapi kat Malaysia ni ada dua jer.. Proton & Perodua... itu pun kalau boleh & banyak duit lah... hehe.. Untuk pengetahuan korang edisi ini hanyalah custom-made seperti yang dinyatakan dalam Kosmo! Rabu 13 April 2011 ruangan Dunia! Rolls-Royce ini dimiliki oleh Kerabat Diraja India yang tinggal di London dan sangat fanatik dengan kereta. Dikatakan juga ini adalah salah satu dari 50 buah kereta yang dimilikinya dan dijual pada harga RM4.18 juta sahaja lebih rendah dari harga asalnya. Selepas empat tahun memilikinya, kerabat Diraja India ini mahu menjual kereta tersebut yang mempunyai rekod perjalanan hanya beberapa kilometer sahaja dan kereta empat tempat duduk ini mampu memecut sehingga 209 kilometer sejam. Adakah Sultan Brunei juga memiliki model Rolls-Royce unik ini jugak? tapi mungkin bukan design yang samalah sebab ini hanya ada satu didunia... bayangkan kalau korang dapat tengok garaj koleksi kereta Sultan Brunei yang dikatakan hampir 6000 buah tersimpan rapi didalamnya dan korang boleh pilih kereta yang nak dipakai macam tukar baju setiap jam... Fuhhh!!! best gilerr... :)

Wednesday, April 13, 2011

Nak...Taknak... Nak... Taknak...

dah lamer terfikir nak buat blog.. tp xder perasaan pon... kali ni memang nekad sbb aku dah tangguh byk kali... aku harap dengan ada nyer blog ini akan meluaskan lagi kenalan aku, lebih open-minded, bertukar2 pendapat or pandangan... selain itu, aku juga akan share banyak perkara berkaitan keadaan sekeliling.... maybe more kpd kehidupan seharian, ragam manusia y pelbagai... kisah2 gembira mahupun duka, angan2 or cita2 dan impian.... apa lagi.. nasihat dan tip2 berguna, kiranya kalo y baik jadikan rujukan tp y x baik bleh la bg tau apa y aku ckpkan tu x elok... aku pun manusia y x lepas dr sebarang kesilapan, geram.. marah dan benci kalo digabungkan akan menjadi EMOSI dan boleh mengakibatkan ketidakpuashatian kepada semua org... jd, berikan aku peluang utk membuat sebuah blog y mampu menceritakan suka-duka aku dlm kehidupan ini.... sekian....