Recent Posts

Saturday, August 6, 2011

Info Zakat Fitrah Tahun 2011

(Rujukan Kosmo! - Sabtu 6 Ogos 2011)




dapat pun info berkaitan zakat fitrah ni.. minggu ni aku cari kat internet semuanya bagi info kurang tepat.. so, aku postkan info terkini untuk semua orang... nampaknyer Selangor masih mengekalkan kadar lama iaitu RM7 begitu juga negeri Kedah, Perak, Pahang dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak menaikkan kadar zakat fitrah negeri masing-masing pada tahun ini berbanding tahun sebelumnya. Kadar zakat di Sarawak pada kadar RM6.20 berbanding sebelumnya iaitu RM5.20 dengan perbezaan sebanyak RM1. Ia diikuti oleh Sabah yang naik 0.20 sen kepada harga baharu iaitu RM7.
Bagaimanapun, Melaka dan Kelantan masih mengekalkan pada kadar RM6.50 dan RM7 seperti tahun lepas.

Bagi Johor, pada tahun ini mengekalkan dua kadar berasingan berdasarkan jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5 dan RM7.50 seperti tahun lalu. Tetapi bagi Terengganu, negeri itu masih mengekalkan tiga kadar zakat fitrah seperti tahun lepas mengikut jenis beras dan kemampuan pembayar iaitu RM5, RM7 dan RM8. Kadar zakat fitrah di Perlis dan Negeri Sembilan kekal dengan kadar RM6 dan RM6.50.

Monday, August 1, 2011

Cuti tambahan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan

Rujukan dari Utusan Malaysia
24/05/2011 12:28pm

KUALA LUMPUR 24 Mei - Kerajaan memutuskan supaya satu hari kelepasan am tambahan 2011 ditetapkan bagi seluruh negara berikutan hari kelepasan am sempena Hari Raya Puasa dijangka bertindih dengan Hari Kebangsaan pada Rabu, 31 Ogos depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, satu hari kelepasan am tambahan yang ditetapkan itu bagaimanapun akan tertakluk kepada pengumuman tarikh Hari Raya Puasa oleh Majlis Raja-Raja kelak.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Selasa, 30 Ogos 2011 dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) dan Hari Kebangsaan bertindih pada Rabu, 31 Ogos 2011 maka Khamis, 1 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sekiranya Hari Raya Puasa (Hari Pertama) jatuh pada Rabu, 31 Ogos 2011 dan bertindih dengan Hari Kebangsaan dan Hari Raya Puasa (Hari Kedua) pula jatuh pada Khamis, 1 September 2011 maka Jumaat, 2 September 2011 ditetapkan sebagai hari kelepasan tambahan. - Bernama