Recent Posts

Friday, April 22, 2011

Rolls-Royce unik untuk dijual RM4.18j


 Minat giler aku dengan Model Rolls-Royce unik ni... Kalau kaya senang-senang je boleh gi kat jenama yang kita nak & custom-made sendiri design yang kita nak. tapi kat Malaysia ni ada dua jer.. Proton & Perodua... itu pun kalau boleh & banyak duit lah... hehe.. Untuk pengetahuan korang edisi ini hanyalah custom-made seperti yang dinyatakan dalam Kosmo! Rabu 13 April 2011 ruangan Dunia! Rolls-Royce ini dimiliki oleh Kerabat Diraja India yang tinggal di London dan sangat fanatik dengan kereta. Dikatakan juga ini adalah salah satu dari 50 buah kereta yang dimilikinya dan dijual pada harga RM4.18 juta sahaja lebih rendah dari harga asalnya. Selepas empat tahun memilikinya, kerabat Diraja India ini mahu menjual kereta tersebut yang mempunyai rekod perjalanan hanya beberapa kilometer sahaja dan kereta empat tempat duduk ini mampu memecut sehingga 209 kilometer sejam. Adakah Sultan Brunei juga memiliki model Rolls-Royce unik ini jugak? tapi mungkin bukan design yang samalah sebab ini hanya ada satu didunia... bayangkan kalau korang dapat tengok garaj koleksi kereta Sultan Brunei yang dikatakan hampir 6000 buah tersimpan rapi didalamnya dan korang boleh pilih kereta yang nak dipakai macam tukar baju setiap jam... Fuhhh!!! best gilerr... :)

0 comments:

Post a Comment